Langkau ke kandungan

5:00 petang hingga 10:30 malam · Tutup setiap Sabtu

Tentang Mattop

Gerai kecil di Sijangkang, sejak 1997.

Mattop Kebab bermula pada 1997 di Sijangkang, Selangor. Hari ini kami masih di sini setiap malam kecuali Sabtu, dan bawa booth stainless kami ke wedding, event syarikat, pop-up dan larian komuniti di sekitar Lembah Klang.

Mattop Kebab
Sejak
1997
Pangkalan
Sijangkang, Selangor
Waktu
5PM hingga 10:30PM, tutup Sabtu
Signature
Pulled Beef Kebab
  • Berdaftar dengan SSM

    Mattop Kebab (202103273842 / NS0259578-V)

Perjalanan Kami

29 tahun di Sijangkang.

  1. 1997

    Bermula di Sijangkang

    Gerai kebab kecil yang buka bila malam menjelma.

  2. 2021

    Mattop Kebab berdaftar

    Perniagaan didaftarkan secara rasmi dengan SSM.

  3. 2025

    Booth stainless pertama

    Mattop mula bergerak ke wedding, event syarikat dan pop-up.

  4. 2026

    Hos Java Community Run 4.0

    Kedai kami jadi lokasi ambil entry pack untuk larian komuniti Sijangkang.

Cara Kami Bekerja

Apa yang anda dapat bila tempah Mattop.

Booth Sendiri

Kami datang dengan booth stainless, peralatan dan crew sendiri. Anda sediakan ruang, kami buat yang lain.

Masak di Tempat

Kebab disiapkan panas-panas depan tetamu, bukan dibungkus dari awal pagi.

Kecil atau Besar

Dari majlis keluarga sampai larian ratusan peserta. Skala lain, rasa yang sama.

Sejak 1997

Resipi dan tangan yang sama, malam demi malam, di Sijangkang.

Ada Event?

Jom bawa Mattop ke event anda.

Kira anggaran kasar di sini, kemudian hantar terus ke WhatsApp. Kami balas dengan pakej dan sebut harga.

  • Booth & crew Mattop sendiri
  • Kebab dibuat panas di tempat
  • Sijangkang & Lembah Klang

Kira anggaran event

Isi ringkas, terus hantar ke WhatsApp.

Minimum 30 pax.

Anggaran pakej

RM 1,200 hingga RM 1,800

Anggaran kasar sahaja. Harga sebenar bergantung kepada menu, lokasi dan tarikh.

WhatsApp enquiry ini